If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Tuesday, September 09, 2008
MAJLIS BERBUKA PUASA

Salam semua:

Satu majlis berbuka puasa a.k.a. gathering akan diadakan seperti butiran berikut...

      
SABTU ni 13hbSept 2008
      Kedai Abe, Menjalara (2 tahun lepas kita buka kat sini)


Sesiapa yang menyokong Atam boleh memakai baju pink dan yang menyokong Wary boleh memakai baju kaler oren. Yang sokong Anwar dan kawannya Lim Guan Eng, pakai-lah baju kaler apa pun.

Semua disilakan datang dan saya bolih dihubongi di 012 3796410.

Kalau tak datang pun takpe sebab saya akan tetap datang walau pun berbuka sorang-sorang. Dan kalau tak puas hati dgn arrangement, awal-awal cakap ini sukarela sahaja untuk jumpa kawan-kawan lama. Tak perlu sumpah di Masjid Wilayah menyatakan anda tidak rela berbuka dengan saya. Imam di situ masih banyak kerja lain.

Jumpa di sana, kalau tak jumpa pun aku peduli apa!

 


Posted at 08:08 pm by Pekji
Comments (2)  

Monday, July 14, 2008
ULANG TAHON KE TIGA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kira-kira sebulan lebeh blog ini tidak mempunyai entri baru. Saya pun tiada apa berita yg hendak diuar-uarkan kepada semua. Tiada kawan-kawan akan melangsongkan perkahwinan dan tiada juga berita lain yang lebih panas. Blog ini sememangnya jarang memberitakan perkara yang panas saperti ada sesuatu senjata tumpol menusok ke jobor Saudara Saiful, sa-orang drop out UNITEN.

Sidang pembaca sekalian
(tak pasal-pasal....)

Sabenarnya pada 16 Jun lepas, adalah ulang tahon ke tiga blog ini (SMI tang TIGA) . Sebagai mengimbau, blog ini sabenarnya di-cipta olih saudara Apoi yang juga dikenali Abang Boy olih Nana, adik beliau. Apoi lah yang mendaftar blog ini, memikirkan nama domain dan layout, namun saya merupakan penghantar entry yang paling banyak. Yang kedua barulah Apoi, suami kapada Azlin.
(Lin, aku tulis nama ko dlm blog ni.....:)

Saya sangat gembira, agak ramai yang membaca blog ini. Setakat yang saya tahu, ramai juga kawan-kawan yang membacanya, walaupon tak memeriahkan dgn memberi komen di entry-entry dan di shout box. Malah ramai juga yang menanyakan saya mengapa sudah lama tidak menghantar entry. Memandangkan kerja ini adalah suka-rela, jadi saya tidak menetapkan date-line untok setiap entry.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kpd semua kerana sudi membaca blog ini.

Saya juga sangat berharap, blog ini akan terus wujud sampai bila-bila, yakni sampai kita tua seperti  pakcik kat bawah ni.... Steady!

CONTOH TRANSFORMASI SEPANJANG KEWUJUDAN BLOG INI:
(sakadar menamakan beberapa nama)

* APOI: Bujang - banyak TTM - sekarang kawin dan sang suami yg setia.  Kompakar - Ambank - sekarang TouchNGo.
* AKU: Bujang - bujang - sekarang bujang. Sintok - JB - sekarang KL.
* YANI: Bujang - kawin - sekarang ada anak - Hantar anak kat rumah Fio. Free  hair - sekarang pakai tudung.
* RUMAH: Damansara Damai - sekarang berpecah.
* KEROL: RHB Ampang Point - Penganggur - sekarang Public Mutual. Single - Cuba Mengurat Awek (nama dirahsiakan) - Sekarang Berpunya.
* RAZIP: Bercinta - sekarang Berkawin dan anak 2. (dengan orang lain)
* STOPA: Manir - sekarang Sentol.
* ANWAR IBRAHIM: Banduan - sekarang bekas banduan.
* AMY LEMAN: Duduk di Damai - Duduk di Jln Ipoh - Sekarang duduk di Damai semula.


Posted at 01:34 am by Pekji
Comments (7)  

Sunday, June 08, 2008
HAJI BASIRON KAWIN MUDA!

SIAPA HAJI BASIRON NI?
Haji Basiron adalah tauke chalet di Cherating, Pahang.

Kawan-kawan yang datang masa kenduri kawin Buaye dan LInda di Beserah, iaitu Aku, Roy, Cikgu Stopa, Wary, Yani, Apoi serta Azlin pernah tidor di chalet mereka pada tahun 2006. Kepada Haji Basiron, Tahniah diucapkan. Dah dapat yang baru, jangan lupa barang yang lama!

Lagi satu pesanan, dah dapat bini baru, Jangan nak ehem-ehem je. Masa kami menginap, banyak nyamuk dalam chalet tu!


* Berita ini ada dlm Mingguan Malaysia hari ini.


Posted at 03:17 pm by Pekji
Comment (1)  

Monday, May 19, 2008
"WIKIPEDIA" BERHIJRAH KE PENANG

Assalamualaikum,

Agak lama blog ini suram dan suam-suam ketiak. Entri kali ini ingin mengkhabarkan, bahawa Saudara Roy aka Abang Long Sentol akan berhijrah ke Penang.

Dengan kata lain sa-orang rakan yg serba tahu mengenai pelbagai isu , termasok lah warna samping Sekolah Wangsa Maju akan meninggalkan kampong halaman di Sentol. Sabelum ini, Saudara Roi bertugas di Transnasional Cawangan Temerloh lebih kurang 4 tahon. Dalam masa ini-lah beliau pandai bercakap Pahang dan membina empayar sekitar bas stesyen Temerloh, Chenor dan Triang. Beliau juga pernah "meranduk" air banjir di Pekan Temerloh - tempat kelahiran Sudirman dan Pak Sako. Beberapa awek Temerluh juga berjaya mencuit hati beliau. Dan ia kekal sebagai cuitan.

Beliau bukan lah menjadi Setiausaha Sulit Saudara Lim Guan Eng. Saudara Roy akan menjadi Pengurus, diulangi, menjadi Pengurus di Rapid Penang. Menurut yang empunya badan, kenaikan gaji sebanyak 40% menyebabkan beliau mengampil keputusan untuk ke sana. Apatah lagi anak-anak mami sekitar Tanjong Tokong sangat memerlukan jejaka puitis saperti beliau!

Saya selaku rakan minum beliau pada setiap hujong minggu sekitar Sentol, Pelita Bangsar dan Hartamas ingin mengingatkan semua, bahawa beliau memberi komitmen akan pulang ke Kolumpo setiap dua minggu. Itupun sekiranya anak-anak mami sekitar Penang tidak mengajak beliau makan Nasi Kandar Line Clear dan pergi bersiar di Gurney Drive pada hujong-hujong minggu.

Sekian dari saya, yang akan kehilangan sa-orang rakan untuk keluar minum dan bersiar-siar sekitar ibu kota.


Posted at 05:40 pm by Pekji
Comments (9)  

Monday, March 31, 2008
ARTIKEL BARU!!!

Agak lama blog ini tidak mempunyai artikel baru. Saya merasa sangat malas untuk berfikir apa-apa isu. Malah saya juga malas memberatkan kepala saya dengan memikirkan tentang PRU yang baru lepas untuk ditulis dalam blog. Saya lebih membiarkan fikiran saya melayang mengingatkan punggung Rozita Cik Wan dari saya membaca strategi politik papa Nurul Izzah ataupun memikirkan survival PEKEMBAR (nama lama Parti UMNO). Dengan kata lain, saya lebih berminat untuk bercerita tentang sama ada klip seks antara Ida Nerina dan Fauzi Nawawi adalah sahih daripada saya memikirkan sama ada Lim Guan Eng boleh membela nasib orang Melayu Pulau Pinang atau tidak.

Saya tidak menulis sebarang artikel di sini juga bukan kerana saya cuba membayangkan Kahlil Gibran semasa beliau menulis naskah The Prophet, ataupun Mendiang Pram semasa beliau menulis Nyanyi Sepi Seorang Bisu. Ini kerana semua artikel yang saya tulis tidaklah berat-berat apatah lagi ia juga tidak memberi sumbangan kepada pencernaan perkataan baru seperti ucapan membentang bajet olih DS Anwar Iberahim, semasa beliau menjadi rakan tenis Dato' Nalla. Olih sebab itu juga perkataan seperti "masyarakat madani" tidak akan ditemui dalam blog ini.

Sekiranya ada (diulangi, sekiranya ada!) anda yang menunggu blog ini diisi dengan artikel baru, saya juga memohon maaf kerana saya terpaksa mendahulukan beberapa perkara lain untuk difikirkan. Saya bukanlah berfikir untuk memberikan mana-mana projek kepada Patrick Lim kerana projek paling besar yang pernah saya jalankan hanyalah mengecat rumah sewa lama saya di Damansara Damai. Sudah pasti ianya mustahil untuk diberikan kepada beliau. Pada saya, lebih baik saya membaca artikel-artikel dan petua di internet untuk keluar makan malam dengan mana-mana wanita yang cantik dari saya memikirkan isu kondominium yang tumbuh banyak di Parlimen Batu.

Ya, akhirnya saya berjaya menulis satu artikel baru dalam blog ini. Walaupun saya tahu artikel ini bukanlah menjadi favourite anda. Setelah hampir 3 (TIGA, SMI) tahun blog ini wujud, artikel yang sering mendapat komen adalah berkaitan cinta, perasaan rindu dan sayang. Terima kasih kerana membaca artikel baru ini dan ya, ini adalah artikel baru.



Pekji the Gaga,
(di bilik Sewa di sebuah apartmen yang mempunyai mangkuk tandas dudok untuk berak dan perlu menujukan anu tepat tepat apabila kencing!)


Posted at 01:05 am by Pekji
Comments (4)  

Saturday, March 08, 2008
SELAMAT MENGUNDI PRU 2008


Posted at 07:30 am by Pekji
Comments (4)  

Sunday, March 02, 2008
pengUMUMan

Saudara Aju akan menamatkan zaman bujang (dan teruna) beliau tidak lama lagi. Olih yang demikian, majlis kenduri side lelaki akan diadakan saperti butir-butir yang terpapar dibawah:

Pada: 29Mac2008
Jam: 12.30 tgh - 4.00 ptg
Di: Pusat Komuniti Manjalara, Bdr Manjalara, Kepung

Untuk pengetahuan semua, saya akan menjadi pengapit pengantin lelaki (promote diri sendiri skit) dengan habuan 4meter kain baju Melayu Mudah Lupa percuma.

Selain itu, walaupun Aju membaca doa semasa Apoi kawin, saya tidak pasti sama ada Apoi akan membaca doa semasa Aju kawin.

TAHNIAH kpd Aju dan bakal istrinya Nurul Hana yang berasal dari Jitra, iaitu pusat kepada syarikat bas HBR yang sering rosak di Jalan Changloon - Sintok.



Posted at 01:16 pm by Pekji
Pangkah Ler..  

Wednesday, February 13, 2008
SALAMAT HARI KAKASIH

Sama saperti tahun sudah, tiada jambangan bunga untok yang teristimewa. Tiada jambangan bunga sempena hari kekasih. Yang saya ingat hanyalah jambang sa-orang Ustaz saya di SMKA Segamat sahaja. Beberapa sms telah masuk ke kotak sms saya untok mengiklankan perkhidmatan mereka tentang hari kakasih. SMS dari blooming.com.my dan juga kelab-kelab malam untuk pasangan kakasih meraikan cinta mereka. "Pergi mati dan persetankan semua budaya konsumerisme karut," getus hati saya. Saya cuba menguatkan diri. Rupa-rupanya saya gagal. Saya adalah sebahagian dari budaya tersebut.

Saya terpaksa marah kerana saya masih kekosongan, tiada kawan istimewa untuk merayakannya. Untuk menenangkannya, saya mengerahkan otak kiri dan kanan saya untok berfikir serentak. Saya mahu semuanya seimbang. Kawan-kawan melepak saya di kedai mamak juga berkurang kerananya turut semuanya sudah menemui rusok kiri yang melengkapkan diri mereka. Sudah pasti mereka akan merayakan 14 Febuari dengan cara yang paling romantis. Biarlah saya bereha-rehat di rumah sambil ibu dan bapa saya di kampung mendoakan kesejahteraan saya.

Kebetolan pula Ayahnda Dolah Bedawi telah mengumumkan parlimen dibubarkan.  Mula-mula tahu berita tersebut, saya bertambah kalut. Apa tidaknya. Tidak lama lagi pilihanraya sudah hampir. Malang bagi saya yang masih tidak mempunyai CALON untuk bertanding. Pada pemikiran saya, Pak LAH memang suka untok bertanding kerana beliau mempunyai calon iaitu Jeane. Malah beliau juga tiada kaitan dengan model Mongolia ataupun penyanyi yang suka menaikkan keningnya, Ziana Zin.

Berbalik kepada hari kekasih, dalam kesunyian tanpa teman istimewa ini, saya masih cuba untuk bergembira dan menggembirakan orang lain. Olih itu, saperti tahon lepas, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI KAKASIH kepada mereka-mereka ini:

+ Mereka yang ditinggalkan KAKASIH
+ Mereka yang tidak mempunyai KAKASIH
+ Mereka yang diperbodoh-bodoh KAKASIH
+ Mereka yang bergaduh dengan KAKASIH
+ Mereka yang ditipu KAKASIH
+ Mereka yang suami/istri mereka mempunyai KAKASIH lain
+ Mereka yang kecewa kerana KAKASIH

Mengapa saya tujukan ucapan ini kepada mereka di atas ini? Jawabnya saya mahu orang lain juga merasakan kesengsaraan jiwa yang saya rasai ini. Hahaha.

Terima kasih dan salamat malam kapada rakan saya sa-orang peguam di USJ kerana sudi berchatting dengan saya samasa saya mengarang blog ini.

Dan doakan saya tidak menulis artikel saperti ini pada 14 Feb 2009.


Posted at 08:46 pm by Pekji
Comments (10)  

Sunday, February 03, 2008
Selamat Tinggal Damansara Damai

Untuk makluman semua, rumah kami di Apartmen Harmoni telah pun dikosongkan. Saya dan Ajib Besar adalah penyewa terakhir di apartment kos rendah tingkat lima tersebut dengan kadar sewa RM 300 (Kerol; playing fruits di situ). Saya agak emosi sebenarnya meninggalkan apartmen tersebut. Pada saya ia adalah lebih dari sebuah habitat tempat saya dan rakan-rakan tinggal. Kadang-kadang saya terfikir ia merupakan sebuah institusi yang merupakan tapak untuk saya dan rakan-rakan memulakan hidup di Kuala Lumpur.

 

Untuk mengimbau, senarai rakan-rakan yang pernah tinggal di apartment tersebut adalah saperti berikut:

 

1)                  Razip Pendek – dah settle down kat JB, dgn istri & 2 anak.

2)                  Chan - baru kawin dan tinggal di Sri Damansara

3)                  Baha - juga dah beranak pinak.

4)                  Saya (Pekji)

5)                  Arie - tinggal di Ulu Kelang, seorang istri, seorang anak.

6)                  Wary - suami/bapa yang penyayang di Kepung.

7)                  Amy Leman - masih tinggal di Damansara Damai.

8)                  Alan – sekarang Cikgu di Ulu Serawak

9)                  Razap/Nizam – adik Razip pendek. Keja offshore dgn sorang anak.

10)              Ajib Besar - Mood horny-moon.

11)              Pak Ndak - SYABAS (nama majikan)

 

Penduduk yang terakhir tinggal di situ adalah Saya dan Ajib Besar. Kami memutoskan untuk keluar dari rumah tersebut apabila Ajib Besar sudah berkahwin dan tinggal di Segambot. Manakala saya berpindah juga ke Segambot yang jaraknya lebih dekat untuk ke pejabat. Terimakasih kepada kawan2 yang sudi menolong walaupun kita bukanlah menganggotai mana-mana persatuan yang menganggap semua ahlinya adik beradik dan mesti membantu ketika memerlukan pertolongan.

 

Terima kasih dari saya dan Ajib Besar kepada Roy, Fio, Stopa dan dua orang dispatch KRU Berhad yang sudi menolong kami. Terima kasih kepada Fio kerana menggunakan kemahiran simpul manuk dan kami berjaya menuronkan barang dari tingat lima menggunakan tali. Tak ketinggalan Stopa dan Roy yang keletihan sampai membuka baju menampakkan 6-pax mereka. Walaupun Stopa banyak mengular dalam proses mengangkat barang, terima kasih juga kepada beliau.

 

Kepada kawan-kawan yang tidak datang menolong, terima kasih juga kerana kalau tak, sudah pasti kami kena open table dengan lebih besar lepas tu. Terima kasih tak terhingga...

 

 


Posted at 01:21 pm by Pekji
Comments (2)  

Monday, January 07, 2008
JEMPUTAN KAWIN ZACK - Rockers tegar produk SMAP Kajang!

Assalamualaikum...

Mahmudah bt Sohot (balu kepada Hj Moharam bin Hj Abdul Fatah) dan sekeluarga

D
engan izin ALLAH SWT ke atas hambaNYA yang merancang mempersilakan KAWAN2 SE-UUM ke rumah kami  kerana berhajat untuk merasmikan tambatan janji, izin berwali, ijab bersaksi antara dua hati, putera kami yang kacak serta dikasihi

ZAINURIZZAMAN BIN MOHARAM

A..K.A

ZACK KANGKANG, ZACK KANCIL, ZACK DIRECT SELLING

bersama pasangannya

FAZLINA BT MOHAMED

Pada hari SABTU, 9 FEBUARI 2008

bersamaan 2 SAFFAR 1429H

di kediaman yang beralamat: LOT 3314, JALAN LAMA, SG TIANG DARAT, 36200 SELEKOH, PERAK

Untuk pelan serta lokasi boleh di dapati di:  http://zackmoharam. multiply. com/photos/ album/6/ZACKS_ WEDDING_INVITATI ON

Zack = 012-2986566


Posted at 04:12 pm by Pekji
Comments (4)  

Next Page