If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Friday, January 04, 2008
News that matter (tiru malaysiakinidotcom)

1) Ajib Besar - officially owned.
Dengan sekali lafas dan juga satu nafas Ajib besar selamat berkahwin dengan Jun. Seperti dilapurkan sblm ini, kenduri diadakan di Perak dan Rombau. Kawan-kawan yang datang di Perak - saya, Aju, Roi, Fio merangkap fotografer, dan Razip pendek sekeluarga. Ke sana dengan menaiki Honda City Aju, balik tu kena speed trap kat Kuala Selangor. Yang belah Rombau, lagi happ dengan kengkawan dan juga gologan artisan. Yang datang antaranya Kerol, Stopa, Mijut, Kabe, Nun yang juga x-MPP parti MERAH (smi), Apoi & Lin, Adlin & wife, Boyo, Pakya & kekasih (bawak hadiah paling kecik), Wan Jani & awek, Zack Amin & wife & anak serta Baha dan keluarga. Yusry dan Norman KRU pun datang meraikan pegawai akaun mereka ini. Wary tak dapat datang kerana batok-batok.

2) Chan pun dah kawin.
Beliau yang juga bekas penolong pengurus McD telah berkahwin dengan Nani. Awek beliau dari matriks yang selalu naik moto EX5 dia plat CBA. Saya dan kawan-kawan sempat datang meraikan di Paya Jaras, Sungai Buloh.

3) Rusuk kiri sudah ditemui.
Seorang eksekutif tetap (nama dirahsiakan) di sebuah syarikat unit amanah di Sri Damansara khabarnya sudah menemui rusuk kiri beliau. Dengan kata lain beliau sudah menemui calun untuk bertanding, walaupon Surohanjaya Pilihanraya belum mengumomkan tarikh pilihanraya. Wooosaaaaaa......

4) Cahaya mata
Razip pendek dan Ayied memperolehi cahaya mata prempuan kedua baru-baru ini. Semuanya selamat dijalankan di sebuah hospital suasta di Tmn Malawati. Mereka merancang berpindah ke JB dalam masa terdekat.


Posted at 07:33 am by Pekji
Comments (2)  

Tuesday, December 11, 2007
HOUSE-MATE AKU DAH NAK KAWIN WOIIIII!!!!

Dengan segala hurmatnya aku ingin memaklomkan (dengan izin yang empunya badan), housemate aku iaitu Ajib Besar akan melangsongkan perkawinan dengan wanita idaman hati beliau iaitu June. Sehubongan itu, Ajib ingin menjempot kalian semua ke hari bersejarah beliau ini. Butir-butirnya bolih dibaca saperti berikot:

BELAH AJIB
29 Dis 2007 / 19 Zulhijjah 1428 - Hijrah (Sabtu)
di Kg. Semerbok, 71350 Kota, Negeri 9.
(Kalau dari KL, keluar tol Pedas/Linggi)

BELAH JUNE
22 Dis 2007 / 123 Zolhijjah 1428 - Hijrah (Sabtu)
di No. 61, Lrg 6, Tmn Julaiha, Smpg Empat, 36400 Hutan Melintang, Perak.

Menurot Ajib, siapa2 yang rasa nak bermalam di sana, boleh hubongi beliau kerana beliau akan menyewa hotel/chalet/bilik dan subsidi akan diperuntokkan oleh beliau sendiri. Tapi kalau rasa-rasa bukan bestfren dia sangat, SMI sendiri lah ye.

Dikesempatan ini, saya dukacita memaklomkan rumah kami di Damansara Damai akan kekurangan aset milek Ajib Besar selepas ini. Rumah akan menjadi kosong kerna banyak barang Ajib dirumah antaranya TV Samsung 32", home teater, set meja makan, peti sejuk, dapur masak ("dapur kecik" ada lagi) dan pengurut badan jenama Otto yang modelnya Linda On.

Yang setia di rumah tersebut hanyalah aku, berus gigi aku, sekor ikan emas yang panjang pulak umornya tak macam batch2 dia yg lain yang dah mati, mesen basoh semi auto, kad kawin Wary (ada balen dlm stor) dan lipas peninggalan Amy Leman iaitu keturunan ke lapan mereka di rumah kami.

Sekian terima kaseh dari saya yang akan ditinggalkan housemate...





Posted at 09:04 am by Pekji
Comments (5)  

Tuesday, November 06, 2007
FRIENDS UPDATE

1)      CIPAI – Living peacefully in his hometown, Keluang, Johore. Read business in UUM and has been teaching Science cum football coach cum discipline teacher in one remote school there for three years. We had three sessions of minum-minum during my trip to Keluang few days ago. Drove confidently maroon Honda City, just transforming his Honda C70 in UUM (PAT), due to his loyalness to Honda. Those who plan to go to down south, may contact him. Very nice comrade indeed. Ask him for the best Soto Johor and Mee Bandung in the town.

 

2)      DAT – In his final year to read performing arts in UiTM, Shah Alam. Met him twice in one stage show at Panggong Bandaraya, KL and latest in my friend’s open house. Hailed from Jitra, many of us used to keep our bike in his house during university break. Passionately to do theatre around the globe. Some news from him:

 

      Excerpts from his sms to my mobile:

  

 Pekgi, 16-18 Nov showcase aku d auditorium muzium Negara, 8.30 mlm. Tlg cnfrm dgn kawan2 kalau nak datang   tengok, confirm cepat aku bole block seat. Masuk guna pas, minimum donation 2$. Cerita Medea, script yunani. Eksperimental.

 

      * Dat can be contacted [at] Maxis 535 0440

 

3)      WARY – Dat’s roommate in Kolej MISC back in 1998. Moved to new company in Melawati. Still doing sales and marketing.


Posted at 07:55 am by Pekji
Comment (1)  

Friday, October 19, 2007
CEMBURU TANDA SAYANG

Saya mempunyai perasaan cemburu yang agak kuat. Walaubagaimanapon, cemburu yang saya maksudkan ini, bukanlah cemburu tanda saya sayang kepada Si Dia atau pun cemburu kerana teman tapi mesra saya keluar dengan lelaki lain. Cemburu saya ini kerana makanan kegemaran saya tidak sampai ke angkasa lepas iaitu ISS – Internasional Space Station.

Saya tidak pasti sama ada makanan favourite saya ini tidak dinasihatkan oleh astronaut ataupun cosmonaut lain untuk dibawa bersama oleh rakyat kita ke sana. Mungkin juga ianya kurang berkhasiat iaitu ikan patin masak tempoyak. Mungkin juga Menteri Sains dan Teknoloji, iaitu Datuk JJ tidak menggemarinya walaupun saya pasti beliau juga sering mandi manda di Sungai Pahang semasa kecilnya. Untuk mereka yang tidak tahu, sungai Pahang adalah sungai utama yang menyimpan ikan ayer tawar seperti patin, kelah dan gelama dan YB Datuk JJ (Mentri Sains & Teknoloji) berasal dari sekitar kampong saya di permatang Sungai Pahang.

 

Pemergian rakyat Malaysia ke ISS adalah merupakan free gift kepada kerajaan atas pembelian jet pejuang Sukhoi yang nilainya berbilion-bilion ringgit Malaysia. Saya tidak pasti di stor mana jet-jet tersebut disimpan sekarang kerana saya rasa ia akan digunakan semula pada lintas hurmat hari merdeka ke 51 tahun depan. Ini kerana, Sukhoi tersebut tidak akan digunakan untok menyerang mana-mana Negara ataupun mempertahankan Negara dari ancaman musoh. Kebelakangan ini juga, saya cuba-cuba mengusyar Datin Seri Rosmah iaitu istri Menteri Senjata dan Perang, kot-kot kalau ada beliau memakai permata berlian baru yang juga mungkin merupakan free gift daripada promoter Sukhoi tersebut.

Hanya batu dan kayu sahaja yang tidak cemburu kerana saya sekadar mampu membeli tudung bawal di Masjid India kepada ibu saya sempena hari raya. Oh ya, hari raya lepas saya ada menonton rancangan nyanyian Ziana Zin (ZZ) yang masih bergetah seperti anak dara. Saya kurang arif sama ada ZZ menerima free gift yang sama atau tidak. Mana lah tau rasa sayang kepada ZZ masih mendalam. Kalau tidak, ZZ pasti akan cemburu kepada Datin Seri.

 

Sekitar bulan lapan lalu, ada pergaduhan kaum di selatan tanah air. Melalui sms yang saya dapat, pemuda-pemuda, abang-abang, ayah-ayah, watan dari Kajang dan Tikam Batu juga turun ke sana. Begitu juga pemuda dari Parit Kuda, Muar, yang menggelarkan kumpulan PEKUDA – Pemuda Parit Kuda. Berbondong-bondong mereka turun ke Pasir Gudang. Alangkah bagusnya dalam keadaan yang genting seperti ini mereka yang diberi menggunakan jet tersebut. Tidaklah keadaan menjadi lebih teruk kerana jalan sesak akibat highway yang tak siap-siap diperbaiki di Seremban selagi Menteri Repair Jalan berada di kerusinya.

 

Hari ini, rakyat kita sudah sebaris dengan Justin Timberlake (JT). Ehemmm... maksud saya bukan jumlah peminat atau gerak tarinya. Apatah lagi Adam atau Joe Flizzo tidak pernah bercinta dengan Britney Spears. JT juga pernah ke angkasa lepas sebagai penumpang, cuma beliau tidak membawa tempe seperti Dokter Syeikh Muzafar. Dengan kata lain, sama seperti JT yang tidak membeli Sukhoi, saya dan anda dan Makcik di Rengit, penyeludup beras di Padang besar, nelayan di Kemaman dan pemandu bas Tranasional juga boleh ke ISS sekiranya mereka mahu.

 

Jika saya berpeluang, sudah pasti saya akan membawa jeruk kelubi sekali ke sana. Kenapa jeruk kelubi? Kerana pokok kelubi yang saya tahu adalah di kawasan paya belakang rumah kawan saya di Felda Cini Timur. Kenapa saya tidak membawa tempe atau sate? Kerana, saya tidak mahu ia menjadi rebutan seperti lagu Rasa-Sayang-Hei. Saya tidak mahu saudara serumpun saya di Indonesia mengistiharkan rakyat Malaysia membawa makanan asli mereka iaitu tempe dan sate (Baca: Sate Haji Samuri) ke angkasa lepas. Jadi, lebih baik saya bawa ikan patin Sungai Pahang dan asam kelubi sebagai jati diri saya.

 

Kenapa saya tiba-tiba bercakap pasal jati diri dan unsur patriotis. Semasa muda iaitu di universiti dahulu, saya banyak membaca mengenai gerakan punk dan anarko. Saya mentelaah buku tulisan Emma Goldman dan Noam Chomsky. Ideolojinya sangat kritis terhadap unsur nasionalisma. Katanya, untuk menjadi rakyat yang baik, kita tidak perlu bermati-matian untuk menjadi patriotik. Ia terkesan pada saya hingga saat ini. Saya lebih rela bersembang kosong di kedai mamak di Taman Tun atau Wangsa Maju berjam-jam dengan rakan-rakan daripada saya berfikir bagaimana untuk saya menggadai nyawa semata-mata untuk membawa tempe ke ISS.

Semasa saya bersekolah rendah. Kebanyakan rakan saya adalah anak peneroka sawit. Ayah mereka adalah ANGKATSAWIT. Hari ini pun, bayak lagi kawasan sawit di Jengka, Tenggaroh, Palong, Chini, Sungkai, Bukit Tangga, dan Medoi masih tidak putus-putus membekalkan minyak. Walaubagaimanapun saya kasihankan golongan anak ANGKATSAWIT ini tidak berpeluang berbual dengan Dokter Syekh secara langsung seperti yang disiarkan di TV saloran Astro.Yang berpeluang berbual semasa lintas langsung itu adalah anak-anak dari Bukit Damansara, Bukit Tunku, dan Bukit Bangsar. Lagi sekali saya cemburu kerana saya bukan lah dari kawasan borjuis tersebut. Saya hanya lahir dan membesar Kampong Mambang di Pahang.

Mustahil bagi orang kampung seperti saya mendekati orang hebat seperti beliau. Malah saya tidak berhasrat berbual dengan beliau kerana beliau banyak bercakap dalam Bahasa Inggris yang saya kurang mahir. Saya tidak berhasrat untuk mempersoalkan jati diri atau patriotisnya beliau walaupun tidak bercakap dalam Bahasa Melayu. Ini kerana beliau sudah diistihar sebagai sangat patriotik kerana membawa tempe dan berkongsi pula dengan orang Rusia dan Amerika di atas angkasa sana.

 


Posted at 12:24 pm by Pekji
Comments (4)  

Monday, September 24, 2007
MAJLIS BERBUKA PUASA

APA:              Majlis berbuka puasa

BILA:          22 September 2007 / Hari puasa ke 10 bagi orang yang belum

                  tinggal seperti aku

MANA:        Restoren Pinang Masak, Jalan Bukit Tunku, Kuala Berlumpor.

 

Aku sebagai organizer yang melantik diri sendiri menjadi organizer majlis berbuka puasa tahun ni mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir. Sekadar berkongsi perasaan, aku ingatkan dah tak jadi sebab korang punya reply sms aku slow gila babi. Aku ingatkan korang reply pakai surat resmi siap dengan letter head office. Tapi akhirnya semua orang datang seperti dijanjikan. Untuk justifikasi pemilihan tempat, aku confirmkan setelah mendapat persetujuan beberapa orang iaitu saperti Roi, Apoi (bekas organizer), Ajib Besar (housemate), Mad Isnin dan Yanie.

 

Kepada Kerol, mintak maaf sebab saudara terlajak sampai Kota Damansara. Mintak maap salah beri direction. Tapi sesat sampai Kota Damansara tu jauh sangat bagi sa-orang warga kota seperti saudara. Amy Leman pun tak sesat jonsss…

 

Walaupun kedai itu agak kecil, tetapi ia memadai dengan RM 20/pax. Iaitu tempat buffet yang paling murah aku dapat di sekitar Key Ell ini. Untuk itu, aku ingin menguchapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan taulan yang datang, iaitulah:

 

      1.   Ajib Besar

      2.   June (tunang Ajib Besar)

      3.   Kerol (SMI aku taruk nama ko kat nombor berapa ni Kerol)

      4.   Apoi

      5.   Lin (wife-nye Apoi)

      6.   Chan

      7.   Mejot

      8.   Amy Leman

      9.   Fanny (menantu Leman)

      10.  Laya (cucu Leman)

      11.  Zack Amin (all the way from Seremban)

      12.  Bini Zack Amin

      13.  Anak Zack Amin

      14.  Razip

      15.  Ayied (bini Razip)

      16.  Qistina (anak Razip & Ayied)

      17.  Roi

      18.  Stopa

      19.  Aju

      20.  Syed (ofis mate Aju yang berbulu dada lebih tebal dari rambut aku)

      21.  Pekji d'Gagalista

 

Terdapat beberapa kawan-kawan kita yang tak dapat datang:

 

             1.  Arie – anaknya, Asyraf Amani masuk hospital   

             2.     Wary & family – ada function keluarga kat Kelang

3.     Mad Isnin & family – balik Jengka

4.      Kabe – ada majlis berbuka keluarga

5.      Iwan Hamster – balik rumah nenek

6.      Atam – terus tak reply sms

7.      Lee & Lan Kembar – tak reply sms jugak

 

 

Itu saja ingin dilapurkan oleh saya, organizer pada petang tersebut. Sekali lagi terima kasih kepada semua.


Posted at 07:59 am by Pekji
Comments (2)  

Friday, July 20, 2007
ZACK AMIN DAPAT ANAK LELAKI!!!

Assalamualaikum semua,

Aku dapat sms dari Zack Amin semalam, bahawasanya istrinya selamat melahirkan anak lelaki seberat 3.61kg di KPJ, Seremban hari semalam - 19 Julai 2007.

Harap2 semua, boleh ingat Zack Amin juga dipanggil Zack Keling, memandangkan terlalu banyak Zack dalam kamus kita semua. Seperti Zack Kancil dan Zack Kangkang (orang yang sama), Zack Capang, Zack de la Rocha (penyanyi utama Rage Against the Machine) dan juga Zack Sembilu kasih.

Oh ya, walaupun Zack Keling sudah bergelar AYAHANDA, kita tak perlu mencium tangan beliau. Hehe...

Zack - 016. 622 2664


"Your children are not your children. They are the sons and daughters of Life's longing for itself. They came through you but not from you and though they are with you yet they belong not to you" Kahlil Gibran




Posted at 10:58 am by Pekji
Pangkah Ler..  

Monday, June 25, 2007
RUMAH AMY LEMAN DIMASUKI PEROMPAK

Pengumuman:

Rumah Amy Leman, kat Apt. Permai Damansara Damai telah dimasoki pencuri hari Sabtu lepas. Antara barang yg hilang adalah laptop, handphone dan sejumlah wang tunai.

Diharapkan kepada semua agar lebih "SMI", terutamanya Mr. Yap (orang depan rumah) yang juga tinggal di Damansara Damai.

Buat masa ini tiada cadangan utk derma kilat kepada Amy. Begitu juga saya tidak pasti sama ada kes ini akan dipaparkan atau tidak dalam rancangan 999 kelolaan mazidol.

Sekian saya melaporkan juga dari Damansara Damai yang dah tak damai sangat.

IKLAN:

Jgn lupa undi Dayang untuk IKON Malaysia!


Posted at 12:03 pm by Pekji
Pangkah Ler..  

Wednesday, May 30, 2007
FALSAMPAH BAGI KITA-KITA YANG BELUM KAWIN

By all means marry. If you get a good wife, you'll be happy. If you get a bad one, you'll become a philosopher.
(Socrates - ancient Greek Philosopher)

The great question... which I have not been able to answer... is, "What does a woman want?
(Sigmund Freud - neurologist & psychoanalyst)

"There's a way of transferring funds that is even faster than electronic banking. It's called marriage."
(James Holt McGavran -
English professor, Univ. of North Carolina)

"I've had bad luck with both my wives. The first one left me, and the second one didn't."
(Patrick Murray - English Screen Actor)



Posted at 05:29 pm by Pekji
Pangkah Ler..  

Friday, May 25, 2007
IKLANEKA

Razip Pendek mintak aku bagitau kat blog haram kejadah ni dia ada buat bisnes utk supply barang mcm di bawah ni...

Excerpts dari email Ayied (bini Pendek) kat aku;

<<<<dia ade wat:

sport jacket,jacket,blazer,t-shirt,uniform,embroidery & printing service,trousers,jersey,etc..
 
pastu dia ade gak wat:
 
premium & gift mcm trophy,medal, gift item cam mug,key chain,payung,etc ..

so kalu ade sesape yg berminat ke atau ade company nak wat family day ke..atau nak lebih info leh la contact dia>>>>> 

Lepas2 ni, kalau kita ada lubang nak tolong dia meniaga boleh la contact dia 
012-2166441. Sama-sama la kita tolong Razip pendek agar dia bertambah kaya dan boleh buat makan2 kat rumah dia mcm dulu. (Rumah lu jauh gila bro.!!!).

Posted at 06:18 pm by Pekji
Comments (2)  

Wednesday, May 16, 2007
SALAMAT HARU GURU

Kepada;

Semua guru-guru di Malaysia dan PTM (Persekutuan Tanah Melayu),
Stopa - guru di St John, KL,
Guru Silat,
Guru Yahya,
Cikgu Ismail - guru besar di Chini,
Cikgu Wan Ahmad-guru besar pencen di Baling, juga Tok Wan kpd Ahmad Dani,
Cikgu-cikgi,
Lan Kembar - cikgu pendidikan khas di Kuala Kangso,
Cikgu tusyen di Menjalara - Ajib besar
Bekas cikgu tusyen di Menjalara - Aju
Cikgu limau kasturi,
Cikgu2 di SMAKL dan TIKL,
Guru mengaji,
Guru ajaran sesat.

"...Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca..."
                                                     (Osman Bawang)
 


Posted at 09:39 am by Pekji
Comments (2)  

Previous Page Next Page