Entry: SALAMAT HARI KAKASIH Wednesday, February 13, 2008



Sama saperti tahun sudah, tiada jambangan bunga untok yang teristimewa. Tiada jambangan bunga sempena hari kekasih. Yang saya ingat hanyalah jambang sa-orang Ustaz saya di SMKA Segamat sahaja. Beberapa sms telah masuk ke kotak sms saya untok mengiklankan perkhidmatan mereka tentang hari kakasih. SMS dari blooming.com.my dan juga kelab-kelab malam untuk pasangan kakasih meraikan cinta mereka. "Pergi mati dan persetankan semua budaya konsumerisme karut," getus hati saya. Saya cuba menguatkan diri. Rupa-rupanya saya gagal. Saya adalah sebahagian dari budaya tersebut.

Saya terpaksa marah kerana saya masih kekosongan, tiada kawan istimewa untuk merayakannya. Untuk menenangkannya, saya mengerahkan otak kiri dan kanan saya untok berfikir serentak. Saya mahu semuanya seimbang. Kawan-kawan melepak saya di kedai mamak juga berkurang kerananya turut semuanya sudah menemui rusok kiri yang melengkapkan diri mereka. Sudah pasti mereka akan merayakan 14 Febuari dengan cara yang paling romantis. Biarlah saya bereha-rehat di rumah sambil ibu dan bapa saya di kampung mendoakan kesejahteraan saya.

Kebetolan pula Ayahnda Dolah Bedawi telah mengumumkan parlimen dibubarkan.  Mula-mula tahu berita tersebut, saya bertambah kalut. Apa tidaknya. Tidak lama lagi pilihanraya sudah hampir. Malang bagi saya yang masih tidak mempunyai CALON untuk bertanding. Pada pemikiran saya, Pak LAH memang suka untok bertanding kerana beliau mempunyai calon iaitu Jeane. Malah beliau juga tiada kaitan dengan model Mongolia ataupun penyanyi yang suka menaikkan keningnya, Ziana Zin.

Berbalik kepada hari kekasih, dalam kesunyian tanpa teman istimewa ini, saya masih cuba untuk bergembira dan menggembirakan orang lain. Olih itu, saperti tahon lepas, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI KAKASIH kepada mereka-mereka ini:

+ Mereka yang ditinggalkan KAKASIH
+ Mereka yang tidak mempunyai KAKASIH
+ Mereka yang diperbodoh-bodoh KAKASIH
+ Mereka yang bergaduh dengan KAKASIH
+ Mereka yang ditipu KAKASIH
+ Mereka yang suami/istri mereka mempunyai KAKASIH lain
+ Mereka yang kecewa kerana KAKASIH

Mengapa saya tujukan ucapan ini kepada mereka di atas ini? Jawabnya saya mahu orang lain juga merasakan kesengsaraan jiwa yang saya rasai ini. Hahaha.

Terima kasih dan salamat malam kapada rakan saya sa-orang peguam di USJ kerana sudi berchatting dengan saya samasa saya mengarang blog ini.

Dan doakan saya tidak menulis artikel saperti ini pada 14 Feb 2009.

   10 comments

siti sarah
February 29, 2008   03:25 PM PST
 
jodoh, ajal tu semua kerja Tuhan. SMI
Name
February 20, 2008   04:05 PM PST
 
patut bersyukur orang2 yang tidak mempunyai pasangan untuk bervalentine... takde ajaran dalam islam valentine2 ni...
bagi yang berpasangan jangan lah terdetik di hati tu untuk menyambut valentine....
cukup lah dengan rasa sayang yang hadir tiap2 hari.. dan rasa spesial tiap2 hari...
kalau datang spesialnya 14hb 2 je, dah berdosa kiranya tu...
anti-V
February 20, 2008   03:17 PM PST
 
kite org islam.. buat apa la nak sambut valentine. bukan ke hari valentine tu hari org kristian meraikan kekalahan org islam? utk sesetangah org yg merasakan dgn menyambut V-day "Mungkin kehangatan percintaan pasangan yang sudah mula menurun sebelum hari V, namun meningkat semula seperti graf yang berbentuk V selepas hari merayakan kekaseh tersebut".. guess u just dont know what LOVE is... yet
Name
February 20, 2008   08:16 AM PST
 
+ Mereka yang ditinggalkan KAKASIH
+ Mereka yang tidak mempunyai KAKASIH
+ Mereka yang diperbodoh-bodoh KAKASIH
+ Mereka yang bergaduh dengan KAKASIH
+ Mereka yang ditipu KAKASIH
+ Mereka yang suami/istri mereka mempunyai KAKASIH lain
+ Mereka yang kecewa kerana KAKASIH

kepada mereka-mereka semua ni...
percayalah jodoh pertemuan ketentuan Tuhan...
terima dengan redha...
kalau sampai ketika Allah temukan kita dengan seseorang, buka hati dan terima dia seadanya...
yakin dengan Allah jika kita dah berdoa untuk ditemukan jodoh kita...
sabar la banyak2, disamping usaha dan doa... :-)
1808
February 19, 2008   11:16 AM PST
 
Bang,sengsara jiwa tak pernah berpunya tak sehebat sengsara jiwa orang pernah berpunya tapi tak jadi..huhu..
Sport Rim Tembaga
February 16, 2008   02:31 PM PST
 
SMI kpd TTM yang tak terbukak hati selepas dapat hadiah beg Crumpler, kamera Lomo dan customized album.
(Mahal tu jon... cuba lu kira kos dia brape....) hahaha.

IYMLTM - Itu Yang Mak Lu Tak Mau.
FIO
February 16, 2008   02:13 PM PST
 
tmbh lg 1 jonnn.."mereka yg tidak brjaya membuka hati kekasih (ttm)"..smi tang ttm x terbukak hati
Name
February 16, 2008   01:13 PM PST
 
TERUKNYA ARTIKEL "SELAMAT HARI KAKASIH" NI....
Pekji
February 15, 2008   10:35 PM PST
 
Sape yg beruntung? Sudah tuntu GSC mahupun TGV. Kerana duit yang tidak digunakan utk membeli bunga-bungaan t'lah digunakan untok membeli tiket wayang.

V-day ini seharusnya menjadi asas terbentuknya 'V shape graph' dalam sesebuah percintaan. Mungkin kehangatan percintaan pasangan yang sudah mula menurun sebelum hari V, namun meningkat semula seperti graf yang berbentuk V selepas hari merayakan kekaseh tersebut.

Sekian saja komen saya dari seorang GAGALISTA - pengikut pahaman orang2 gagal bercinta.
Gadget Freak
February 13, 2008   11:39 PM PST
 
Tidak semua yg mempunyai kekasih merayakan hari kekasih. Ia adalah hari biasa cuma terdpt hiasan berbentuk hati yg lebih byk dari hari-hari biasa.
Cinta adalah perasaan yg harus diraikan setiap hari, bukan hanya setahun sekali. Jika bukan 14 hb ia juga boleh diraikan pada hari2 lain, seperti hari jadi, anniversary, hari wilayah, juga hari minggu. Perasaan cinta haruslah berkembang setiap hari, bukan berdasarkan hukum "economics diminishing return", V-day adalah hari exploitasi kepada konsumer di mana penghargaan terhadap bunga bungaan diberikan lebih perhatian.
Pembaca mungkin merasakan kita adalah antara insan yg kurang bernasib baik kerana tidak dpt meraikan hari kekasih dgn siapa2, tetapi hakikatnya perbelanjaan yg dpt di jimatkan pada V-day dpt menampung 10 tiket wayang pada hari2 keesokannya.
Jadi....siapa yg lebih beruntung?
*wink*

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments