Agak lama blog ini tidak mempunyai artikel baru. Saya merasa sangat malas untuk berfikir apa-apa isu. Malah saya juga malas memberatkan kepala saya dengan memikirkan tentang PRU yang baru lepas untuk ditulis dalam blog. Saya lebih membiarkan fikiran saya melayang mengingatkan punggung Rozita Cik Wan dari saya membaca strategi politik papa Nurul Izzah ataupun memikirkan survival PEKEMBAR (nama lama Parti UMNO). Dengan kata lain, saya lebih berminat untuk bercerita tentang sama ada klip seks antara Ida Nerina dan Fauzi Nawawi adalah sahih daripada saya memikirkan sama ada Lim Guan Eng boleh membela nasib orang Melayu Pulau Pinang atau tidak.
Saya tidak menulis sebarang artikel di sini juga bukan kerana saya cuba membayangkan Kahlil Gibran semasa beliau menulis naskah The Prophet, ataupun Mendiang Pram semasa beliau menulis Nyanyi Sepi Seorang Bisu. Ini kerana semua artikel yang saya tulis tidaklah berat-berat apatah lagi ia juga tidak memberi sumbangan kepada pencernaan perkataan baru seperti ucapan membentang bajet olih DS Anwar Iberahim, semasa beliau menjadi rakan tenis Dato' Nalla. Olih sebab itu juga perkataan seperti "masyarakat madani" tidak akan ditemui dalam blog ini.
Sekiranya ada (diulangi, sekiranya ada!) anda yang menunggu blog ini diisi dengan artikel baru, saya juga memohon maaf kerana saya terpaksa mendahulukan beberapa perkara lain untuk difikirkan. Saya bukanlah berfikir untuk memberikan mana-mana projek kepada Patrick Lim kerana projek paling besar yang pernah saya jalankan hanyalah mengecat rumah sewa lama saya di Damansara Damai. Sudah pasti ianya mustahil untuk diberikan kepada beliau. Pada saya, lebih baik saya membaca artikel-artikel dan petua di internet untuk keluar makan malam dengan mana-mana wanita yang cantik dari saya memikirkan isu kondominium yang tumbuh banyak di Parlimen Batu.
Ya, akhirnya saya berjaya menulis satu artikel baru dalam blog ini. Walaupun saya tahu artikel ini bukanlah menjadi favourite anda. Setelah hampir 3 (TIGA, SMI) tahun blog ini wujud, artikel yang sering mendapat komen adalah berkaitan cinta, perasaan rindu dan sayang. Terima kasih kerana membaca artikel baru ini dan ya, ini adalah artikel baru.
Pekji the Gaga, (di bilik Sewa di sebuah apartmen yang mempunyai mangkuk tandas dudok untuk berak dan perlu menujukan anu tepat tepat apabila kencing!)
4 comments
mat senin April 8, 2008 01:48 PM PDT bro...cuba bagi aku tau mcmcna nak tulis artikel kat blog ni.aku tgk asyik2 mamat gaga ni jer
uhuhuhuhuhuhSMI
Anal Knob April 8, 2008 11:50 AM PDT si gaga ni tulis sikit punya panjang...yang dapat comment orang nak jual insuran....
Tong sampah punya budak
ise April 6, 2008 07:23 PM PDT Sape nk beli insuran kontek aku! Hehe.... 013-9229213/019-9343310.
ise April 6, 2008 07:23 PM PDT Sape nk beli insuran kontek aku! Hehe.... 013-9229213/019-9343310.