Entry: "WIKIPEDIA" BERHIJRAH KE PENANG Monday, May 19, 2008



Assalamualaikum,

Agak lama blog ini suram dan suam-suam ketiak. Entri kali ini ingin mengkhabarkan, bahawa Saudara Roy aka Abang Long Sentol akan berhijrah ke Penang.

Dengan kata lain sa-orang rakan yg serba tahu mengenai pelbagai isu , termasok lah warna samping Sekolah Wangsa Maju akan meninggalkan kampong halaman di Sentol. Sabelum ini, Saudara Roi bertugas di Transnasional Cawangan Temerloh lebih kurang 4 tahon. Dalam masa ini-lah beliau pandai bercakap Pahang dan membina empayar sekitar bas stesyen Temerloh, Chenor dan Triang. Beliau juga pernah "meranduk" air banjir di Pekan Temerloh - tempat kelahiran Sudirman dan Pak Sako. Beberapa awek Temerluh juga berjaya mencuit hati beliau. Dan ia kekal sebagai cuitan.

Beliau bukan lah menjadi Setiausaha Sulit Saudara Lim Guan Eng. Saudara Roy akan menjadi Pengurus, diulangi, menjadi Pengurus di Rapid Penang. Menurut yang empunya badan, kenaikan gaji sebanyak 40% menyebabkan beliau mengampil keputusan untuk ke sana. Apatah lagi anak-anak mami sekitar Tanjong Tokong sangat memerlukan jejaka puitis saperti beliau!

Saya selaku rakan minum beliau pada setiap hujong minggu sekitar Sentol, Pelita Bangsar dan Hartamas ingin mengingatkan semua, bahawa beliau memberi komitmen akan pulang ke Kolumpo setiap dua minggu. Itupun sekiranya anak-anak mami sekitar Penang tidak mengajak beliau makan Nasi Kandar Line Clear dan pergi bersiar di Gurney Drive pada hujong-hujong minggu.

Sekian dari saya, yang akan kehilangan sa-orang rakan untuk keluar minum dan bersiar-siar sekitar ibu kota.

   9 comments

pekji
May 29, 2008   09:31 AM PDT
 
Kerol, tak kan lu tak kenal Saudara Roi yg suka merendah diri.

"selamat tinggal AKAK"
ude
May 28, 2008   02:34 PM PDT
 
tahniah roi, atas kejayaan kerja baru di Rapid Penang...tp kp pekji, aku jupe roi semasa kekah anak kabe.dia kata, tak jd pengurus hanya sr.exec. sekian...
Gaga
May 26, 2008   05:32 PM PDT
 
Alamak! Ada org suka kat Roy? Ni yg gua jeles ni.

Kata Sahak- bekas parner in crime vespa & pernah berperang dingin.

"aku taknak tinggalkan zaman degree, mcm zaman matriks" - (takde awek)

Sekarang ni, zaman degree dah abis, zaman Metrojaya (Roy pernah keja sini), dan zaman Transnasional pun dah habis.

Kpd Roi, aku sekadar re-phrase ayat Abag Sahak -
"Ko jgn meninggalkan zaman Rapid Penang mcm zaman Tranasional Temerloh!"
setanuno
May 26, 2008   02:10 PM PDT
 
TAK Da...haiyoo..tak faham bahasa nie..
uNo
May 26, 2008   10:04 AM PDT
 
xkan staff x dapat poi..
pekji je kenal aku
May 26, 2008   09:45 AM PDT
 
emmm..bagus bekas jiran aku..jadi pengurus eh??
Roy..kwn aku suke kat ko...cane ni? Cane ko nak handle awek2 anak mami lagi..kwn aku lagi..ishhh
setanuno
May 23, 2008   04:28 PM PDT
 
kasar ayat ko nie Tam..
uNo
May 22, 2008   12:14 PM PDT
 
aku respect dengan ko poi..touch n go seumur hidup..babi's pun xdapat mcm ko..
setanuno
May 22, 2008   09:51 AM PDT
 
Saspek sangat la ngan Roy! Dah la pangkat besar...hensem plak tu..

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments