Entry: ULANG TAHON KE TIGA Monday, July 14, 2008



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kira-kira sebulan lebeh blog ini tidak mempunyai entri baru. Saya pun tiada apa berita yg hendak diuar-uarkan kepada semua. Tiada kawan-kawan akan melangsongkan perkahwinan dan tiada juga berita lain yang lebih panas. Blog ini sememangnya jarang memberitakan perkara yang panas saperti ada sesuatu senjata tumpol menusok ke jobor Saudara Saiful, sa-orang drop out UNITEN.

Sidang pembaca sekalian
(tak pasal-pasal....)

Sabenarnya pada 16 Jun lepas, adalah ulang tahon ke tiga blog ini (SMI tang TIGA) . Sebagai mengimbau, blog ini sabenarnya di-cipta olih saudara Apoi yang juga dikenali Abang Boy olih Nana, adik beliau. Apoi lah yang mendaftar blog ini, memikirkan nama domain dan layout, namun saya merupakan penghantar entry yang paling banyak. Yang kedua barulah Apoi, suami kapada Azlin.
(Lin, aku tulis nama ko dlm blog ni.....:)

Saya sangat gembira, agak ramai yang membaca blog ini. Setakat yang saya tahu, ramai juga kawan-kawan yang membacanya, walaupon tak memeriahkan dgn memberi komen di entry-entry dan di shout box. Malah ramai juga yang menanyakan saya mengapa sudah lama tidak menghantar entry. Memandangkan kerja ini adalah suka-rela, jadi saya tidak menetapkan date-line untok setiap entry.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kpd semua kerana sudi membaca blog ini.

Saya juga sangat berharap, blog ini akan terus wujud sampai bila-bila, yakni sampai kita tua seperti  pakcik kat bawah ni.... Steady!

CONTOH TRANSFORMASI SEPANJANG KEWUJUDAN BLOG INI:
(sakadar menamakan beberapa nama)

* APOI: Bujang - banyak TTM - sekarang kawin dan sang suami yg setia.  Kompakar - Ambank - sekarang TouchNGo.
* AKU: Bujang - bujang - sekarang bujang. Sintok - JB - sekarang KL.
* YANI: Bujang - kawin - sekarang ada anak - Hantar anak kat rumah Fio. Free  hair - sekarang pakai tudung.
* RUMAH: Damansara Damai - sekarang berpecah.
* KEROL: RHB Ampang Point - Penganggur - sekarang Public Mutual. Single - Cuba Mengurat Awek (nama dirahsiakan) - Sekarang Berpunya.
* RAZIP: Bercinta - sekarang Berkawin dan anak 2. (dengan orang lain)
* STOPA: Manir - sekarang Sentol.
* ANWAR IBRAHIM: Banduan - sekarang bekas banduan.
* AMY LEMAN: Duduk di Damai - Duduk di Jln Ipoh - Sekarang duduk di Damai semula.

   7 comments

putrajaya
July 28, 2008   04:51 PM PDT
 
hepi anniversary. :))

aku rasa.. tanpa pekji, blog nie sgt sunyi. nko makin byk idea beb..

semoga kiter semua terus berjaya..!
Tytn II
July 22, 2008   01:37 PM PDT
 
ingat selalu...! heee
hazry
July 21, 2008   04:54 PM PDT
 
kalau dengan performance sekarang nie..mgkn anniversary ke-30 barulah dapat kita lepak sekali kan...hahaha..
Mummy Dani
July 18, 2008   05:28 PM PDT
 
ha.. dah 3 tahun yer??? tak sedar plak aku... BTW kawan2 sumer... dah lama kita tak lepak kan?? Jom kita lepak sempena Ulangtahun ke-3 blog kita...
Name
July 14, 2008   05:03 PM PDT
 
selamat terlambat ulangtahun setan uno. pada gagalista teruskan usaha murni menghidupkan blog ini...kepada yang lain berikanlah sokongan pada blog hidup malu mati tak mahu ni...(betul ke simpolan bahasa ni)wei ok kawan2 yang saya kenangi semua, semoga menjadi yg terbaik dalam apa yang kalian semua lakukan...
hazry
July 14, 2008   10:45 AM PDT
 
hepi besday to us..tahniah sebab walaupun dah tiga tahun, hidup laie blog nieh..tapi..semangat tueh dah semakin pudar..mgkn sebab memasing dah ada komitmen lain...harap2..persahabatan kita tak la terganggu gugat ditelan waktu jugak k...
HTC Diamond
July 14, 2008   09:06 AM PDT
 
Babe ..(wah tetiba babe pulak..) wey, aku sgt terharu ko tulis nama aku tu, tapi banyak TTM n semua tempat kerja ko nak tulis tu aku tak puas hati..apsal ko tak tulis KFC skali?? ha, ha.... 'HTC Diamond'.

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments